Thursday, December 16, 2010

Student Consultation 2

This is a consultation between a 4th year UiTM medical student and a 45 years old Indian lady who came for her routine follow-up for Hypertension and Diabetes. Noted her BP is 190/ 110 and FBS 11. (Pt's answer is red in colour)

 
History
  • Good morning, Malathi ye
  • Saya pelajar perubatan UiTM
  • Umur berapa?
  • Kerja apa?
  • Tinggal mana?
  • Hari ni datang sebab apa?
  • Datang hari ni nak ambil ubat ye
  • Bila last datang?
  • Darah tinggi sejak bila?
  • Kencing manis?
  • Kita tengok gula tinggi hari ni, kenapa eh?
  • (Saya tak makan ubat semalam )
  • Tertinggal tu sebab apa?
  • (sebab terlupa bawak ke hospital. Anak saya dah tiga hari masuk hospital selayang)
  • Untuk darah tinggi control macamana?
  • Macamana control makan?
  • Ubat untuk darah tinggi ada apa-apa masalah tak?
  • Tekanan darah pun tinggi jugak. Ni pun terlupa makan ubat jugak?
  • Baru-baru ni ada apa-apa masalah kesihatan tak?
  • Baru-baru ni ada kencing banyak ke?
  • (Ada)
  • Baru ke dah lama?
  • (dah lama, mungkin sebab saya minum air banyak)
  • Ada cam pernah pengsan ke?
  • Mata OK? takde kabur-kabur?
  • Ada kebas-kebas tangan?
  • Dada ada sakit ke? Ada jantung degup laju-laju?
  • (Takde)
  • Kencing ada masalah?
  • Ada demam ke baru ni?
  • (Saya baru datang jumpa dr minggu lepas)
  • Hari tu last datang ambik ubat ke macamana?
  • Kalo ikut ni (pt's note) you ada asthma.
  • asthma macamana?
  • so control ok?
  • (kalo selsema atau hujan baru ada, kalo minum sejuk ke OK)
  • Selalu asthma kena masa hujan ke atau bila?
  • Kiranya puan malathi ada kencing manis, darah tinggi dan asthma. Ada masalah lain?
  • (takda)
  • Pernah masuk hospital?
  • (pernah, operate thyroid 4tahun dulu)
  • Thyroid buang semua sekali ke?
  • Tau kenapa buang thyroid?
  • Untuk thyroid tu ada makan ubat apa?
  • Selepas operate ada makan ubat apa-apa?
  • Dr yang berhentikan ubat ke?
  • (sendiri berhenti)
  • Ada apa-apa alahan tak?
  • (Tak rasa bersama suami sejak 3 tahun dulu, tak tahulah kenapa. Sebab operate ke, kencing manis ke, darah tinggi ke)
  • Berat badan ada bertambah tak?
  • Sekarang OK tak bila sejuk macam ni?
  • Kalo kat rumah ada rasa sejuk-sejuk tak?
  • (Rasa panas, kena mandi dulu baru boleh tidur)
  • Ada sembelit, susah nak berak ke?
  • Mak dan ayah masih ada lagi ke?
  • Ada kencing manis atau darah tinggi?
  • Adik beradik berapa orang?
  • anak berapa orang? Semua sihat?
  • Paling muda berapa tahun?
  • Suami kerja? Kerja kat mana?
  • Ada merokok, minum-minum ke?
  • Period datang lagi tak? Tetap ke, dia datang tiap-tiap bulan?
  • (Period masih ada. Saya ambil perancang keluarga)
  • Pasal perancang keluarga tu puan buat macamana?
  • (sudah ikat)

 
Examination:
  • Kita nak cek tekanan darah
  • BP 190/ 110
  • Ada tak tiba - tiba rasa kabur?
  • (kadang - kadang)
  • Bila tu?
  • (pernah sekali saya hampir jatuh, selalunya kabur masa saya stress atau penat)
  • Anak umur berapa tahun?
  • (ada anak kembar umur 13 tahun, Semua nak sama)
  • Ada rasa kebas-kebas tak? Kat hujung kaki bila sentuh tak boleh rasa?
  • Kalo saya sentuh (with orange stick) cakap ye.
  • bukak butang jap, aah sikit je.
  • Rasa sini, kalo sama cakap.
  • tutup mata eh.
  • rasa ke. sama ke dengan dada.

 

 
At this point, the primary care lecturer took over the consultation. What do you think of your collegue's history taking and examination? How can he/ she improve the consultation?

No comments:

Post a Comment